Monday, January 19, 2009

berfikir sejenak



Assalammualaikum,
aku mulakan coretan ini dengan memberi kata-kata semangat hidup bersama mengembang dan menyatu.. sebenarnya manusia nie tak berapa yakin dengan kebolehan diri sendiri, kerana selalu bergantung harap kepada orang lain, dengan harapan ader orang akan membantu.. sebenarnyer kiter yang bantu diri kiter sendiri kan...

aku sebenarnya kena pasang niat yang suci dan murni dalam setiap pekerjaan yang aku lakukan setiap hari adalah kerana Allah Taala. supaya aku tak sakit hati nak tolong org dan tak mengharapakan sebarang pembalasan dari orang yang aku tolong itu. sebenarnya nak berlawan dengan diri sendiri memerlukan kekuatan mental dan rohani yang kukuh.. aku pun hairan dengan diriku sendiri.. aku dah tau baik dan buruk.. dah boleh nilai aper yang untung dan rugi.. tapi sebagai manusia yang dikategorikan biasa2 jer iman nie.. selalu buat kesilapan yang berulang2 kali. aku jugak nekad nak memperbetulkan diri.. memotivasikan diri sendiri supaya kualiti hidup diri ini bertambah baik dan aman harmoni.
aku mempunyai harapan yang besar untuk keluarga aku, aku ini keluarkan family ku dari kepopong kesusahan dan kesempitan hidup dan perkara ini tidak boleh jadi kenyataan tanpa ader perancangan dan tindakan yang strategik. rancangan mesti bersifat realiti.. apa yang aku fokus sekarang adalah mengurangkan kos bebanan keluargaku dan mengaturkan satu pengurusan yang lebih bersistem dalam urusan keluarga. aku tak sanggup nak tengok bebanan nie di tanggung oleh ibuku seorang diri, memandangkan usia dan tenaga nya dah tidak sesuai dengan bidang tugasnya untuk mengetuai keluarga yang semakin mencabar rutin harian nya.. dengan usaha aku yang sedikit ini, harapan untuk mengurangkan beban ibuku. walaupun bukan dari segi bantuan kewangan tapi dari sokongan moral supaya tidak ader yang putus asa dalam mengharungi liku-liku hidup penuh dengan pancaroba. sekian sahaja dari aku.. sekadar luahkan apa yang terpendam dan yangbermain di benak fikiran ku.. lega sikit rasa di hati ini..


2 comments:

pal7 said...

bro..lu boleh bro..wa sepot lu dr belakang jek...

setiap org de impian sendiri..tgu ms y sesuai jek untuk terlaksana...Allah akan sentiasa menolong org2 y berusaha..lebih2 lg kpd y berada di jalan Nya...

mg usaha bro berjaya..amen

pal7 said...

berfikir sejenak la bro..