Saturday, January 31, 2009

Andai ku Tahu!


Kadang kala aku terfikir alangkah bagusnya sekiranya aku dapat masuk ke dalam fikiran dia dan melihat apa yang dia fikirkan dan apa yang sebenarnya dia inginkan. aku sendiri pun pening untuk menghargai seorang perempuan yang iklas dan jujur bersama kita. perempuan ini hanya ingin kita menghargai diri nya, sentiasa memuji nya, dan menghargai dirinya.
Sebenarnya untuk mencari keserasian dalam hubungan ini memerlukan banyak kesabaran dan tolak ansur. Perempuan bagi aku sangat sensitif dan hatinya sentiasa perlu dijaga dan ditatang.. kata2 perlu manis supaya dia tak merajuk. Kadang2 kata2nya sangat mempengaruhi diriku. bagi aku apa salahnya kita ikut cakap perempuan klu apa yang dia cakap itu betul. Perempuan adalah pelengkap bagi kelemahan diriku walaupun aku ada ego aku sendiri.. mengenali isi hati perempuan agak sukar dan keadaannya tidak menentu. Apa2pun aku ingin menghargai setiasa pengorbanan dan jasa baik orang perempuan terhadap diriku.

2O SEBAB LELAKI XNAK KAWIN.


  1. ♥"Duit lum cukup lagi..."
    Luahan Hati →
    Pompuan mana tahu susahnya laki nak kumpul duit nak bayar mas kawin le? hantaran la. Dah tu mas kawin & hantaran tu letak tinggi mengalahkan artis. Cam nak jual anak jer. Kita makan megi jer nak kumpul duit tu bukannya pompuan tau. Megi pun dah nak naik harga!

  2. ♥"Nak beli kereta dulu baru nak kahwin..."
    Luahan Hati → Takde keta pompuan pun pandang kita sebelah mata jer . Pompuan karang ni mana yang tahan turun naik bas? Jatuh standard kalau naik bas tu..

  3. ♥"Susah la nak cari yang berkenan dihati..."
    Luahan Hati → Memang susah pun. Pompuan sekarang ini ada duit abangku sayang, takde pitis sayang pun melayang!

  4. ♥"Tak datang seru lagi kot..."
    Luahan Hati → Awek pun tak de lagi? camana nak kahwin.

  5. ♥"Banyak sangat halangan..."
    Luahan Hati → Banyak sangatla procedure karang ni. Nak kena masuk kursus le. Ujian HIV le. Pastu ada keluarga si dia tak sukakan kita. Nak ajak kawin kat Siam dia tak nak!

  6. ♥"Belum bersedia la.."
    Luahan Hati → Nak pikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga ini amat berat. Pompuan apa tau! Karang ni tanggungjawab terhadap diri sendiri lagi pun belum terlaksana.

  7. ♥"Ilmu tak cukup la.."
    Luahan Hati → Ilmu batin tu memang la dah cukup sejak dapat mimpi basah...yang pertama tu kita dah expert. Tapi ilmu rumahtangga..? soal-soal pompuan belum khatam lagi. Kang rumahtangga huru-hara.. orang salahkan kita gak!

  8. ♥"Kahwin nanti tentu susah nak kena tanggung keluarga lagi, Kalau dapat isteri yang 2 x 5 je. Kena bimbing pulak lepas tu nak kena tanggung semua dosa isteri, dosa sendiri tak tertanggung nie pulak nak tanggung dosa isteri.."
    Luahan Hati → Berat tanggungjawab ni. Bukan senang yang pikul dosa orang. Dosa sendiri pun tak terpikul. Kalau dapat isteri yang memahami tu ok gak.

  9. ♥"Dah mencubalah tapi telah dikecewakan.."
    Luahan Hati → Pompuan memang suka mengecewakan lelaki. Pantang nampak laki kaya jer? tak kira ler laki orang ker?.duda orang ker? terus tinggalkan kita.

  10. ♥"Banyak perkara nak kena fikirkan terlebih dahulu la.."
    Luahan Hati → Memang banyak .. Tangungjawab lelaki ni lebih besar. Pompuan semua laki yang tanggung. Belum kawin bapa & saudara lelaki yang tanggung. Dah kawin, suami lak tanggung.

  11. ♥"Jodoh tak sampai lagi kot.."
    Luahan Hati → Dah berusaha tapi asyik kena reject jer. Tah apa yang pompuan dok cari tu !!

  12. ♥"Perempuan nie peliklah kalau dia suka kat kita tapi tak habih2 nak merajuk dan marah macam kita nie suka sangat.."
    Luahan Hati → Pompuan ini sikit-sikit majuk. Anak kucing dia ilang sehari pun dia majuk. Macam la kita yang curik anak kucing dia tu. Dah tu nak pujuk kena beli hadiah , bawa jejalan, makan-makan?.abis tu bila duit kita nak cukup untuk kawin!

  13. ♥"Dah bagitau dah, nie kita suka dan nie kita tak suka, tapi masih dia buat juga yang kita tak suka.."
    Luahan Hati → Pompuan selalu suka buat apa yang kita tak suka. Macam mana kita boleh tahan kalau kawin nanti!!

  14. ♥"Saya takut la nak bercinta nanti terluka susah la.."
    Luahan Hati → Sebenarnya dah memang terluka. Cuma pompuan jer buat tak tau!!

  15. ♥"Dia nie suka pasang ramai org sangat.."
    Luahan Hati → Haah? dia banyak kekawan lelaki. Kita ni duk lam waiting list dia jer.

  16. ♥"Dia memang banyak helahlah kejap suka kejap tidak.."
    Luahan Hati → Pompuan memang camtu..

  17. ♥"Nak carik yang solehah lah.."
    Luahan Hati → Dah jumpa tapi dah berpunya?.Takkan nak rampas orang punya kot.

  18. ♥"Masalah la.."
    Luahan Hati → Pompuan suka menjadikan masalah kecil menjadi besar.

  19. ♥“Nak sambung belajarlah awek saya tu ader master atau PHD malu la.."
    Luahan Hati → Takkan kita yang ada SPM ni jer nak terhengeh awek tu. Siang-siang lagi mak bapa dia dah reject.

  20. ♥“Saya suka sangat kat dia, tapi dia tak suka kat saya”.
    Luahan Hati → Pompuan suka bermain-main ngan hati lelaki yang suka kat dia.

Friday, January 30, 2009

Aku Sedang Berfikir


hai.. dah lama aku tak menulis blog nie, mayb sibuk ngan keje2 aku yang bukan core bisnes tapi dikra penting jugak la. Sebenanya aku sibuk uruskan jadual waktu untuk tugas staff mak kat Kafe UMP. apa yang aku dapat simpulkan susah nak dapat kata sepakat dan semua staff ada kekurangan dan kelebihan masing2. aku dah bg cadangan dan siapkan jadual tugasan supaya semua orang boleh berkeje dengan selasa dan seronok bertugas..

pada tanggal 28hb 01 2009, aku balik ke kl nak sambung aktiviti belajar aku nie.. apa yang sedang buat skang adalah bt soalan tutorial untuk kelas tutorial minggu depan. untuk makluman pihak tuan, aku dah antar soalan tutorial 2 kat aku punya dr. tapi dr blum upload lagi lah.. aku pun pening dah.. dia tak buka email dia ker? tak tau ker tutorial 2 dah antar kat dia? ke dia tak puas hati soalan tutorial 2? tapi sampai skang aku tak tau keadaan sebenar? hurmm... ape2 aku dah buat , risau gak aku klu dia tak puas hati nanti aku plak dia cop sebagai buat keje sambil lewa jer kan.. dah lah gaji aku dia bayar... inilah masalah aku sebenarnya..

Apa yang berlaku dalam hidup aku kebelakangan ini, adalah agak rumit $ikit. ma$alah kewangan $entia$a menghantui diriku, $ebenarnya aku ada target nak beli Perfume Hugo Bo$$ Energi$e. coz bau dia $erasi dengan aku. $ebab masa 1$t year pun Aku pakai perfume nie.. tuu yang dapat awek aku skang.. hahahha.. bau pun main perananan gak..
*inilah perfume yang aku usya kat sogo hari tuu* harga pakej dia RM313 pastu dia bg beg kuliah 1 percuma.
Seterusnya aku nak g bayar duit sewa motor aku ngan bayar roadtax. roadtax aku mampus dari bulan 9 lagi.. patutla aku g pejabat pos nak claim rebat tak dapat coz roadtax mampus. aku dapat duit roadtax aku nak kena bayar duit sewa bilik plak RM150 jer. adoy duit plak cukup2 jer nak buat joli sikit pun tak leh.. untuk kekasihku kena banyak sabar nyer... susah2 dahulu senang2 kemudian.. jangan tak senang langsung sudah lah.. hahahha...

k la.. nanti aku cerita lagi pasal diriku ini dalam blog ini. sajer suka2 cerita..

Wednesday, January 21, 2009

Welding Engineer Semakin Menyinar


Pilihan aku untuk menyambung pengajian ke peringkat master nie, adalah pilihan tepat dan berada dilandasan yang betul untuk mencapai welding engineer. Hari ini tercatat sejarah di mana UKM-MFI- NGV Tech telah telah mengadakan kata sepakat dan duduk satu meja membincangkan perkembangan dunia welding di Malaysia, terutamanya dalam bidang joinning n fabrication. aper yang aku nak cerita kat sini adalah NGV tech ini adalah sebuah kilang bumiputera yang pertama yang buat shipbulding dan repair shipbulding. So kat kilang nie menggunakan aluminium untuk buat kapal.. hampir 90% body kapal nie buat dari alumnium..
aper yang bestnya bagi aku dari lawatan ke industri kapal nie adalah lubuk aku mencari maklumat mengenai welding.
(orang-orang kuat yang membantu menjayakan program kerjasama antara pihak universiti dengan pihak NGV Tech. dari kanan En.Nasrizal, En. Abdul Aziz , Mr. Harriss dan Dr Azman)


Di sini, mungkin jadi titik mula aku menjalankan penyelidikan aku diperingkat sarjana ini. aku berpeluang jumper ngan otai2 welding masa lawatan tadi. Aku juga sangat bertuah dan berbangga kerana semua orang memberi kerjasama dan sokongan yang padu atas usaha pihak UKM-MFI untuk membantu industri menyelesaikan masalah yang timbul mengenai welding alumium.. hehehe aku adalah salah seorang player yang akan menyumbangkan sumbangan dari terbitan-terbitan journal mengenai welding aluminium ini..




aku harap ini adalah titik mula untuk mencapai apa yang aku idamkan dalam hidup ini. sebenarya banyak yang aku nak tulis blog nie tapi tak tau nak cerita dari aspek teknikal supaya maklumat yang berguna dapat kongsi bersama. apa yang penting aku just nak buat laporan peribadi apa yang aku lakukan dalam proses penyelidikan tesis sarjana ini..

Monday, January 19, 2009

berfikir sejenak



Assalammualaikum,
aku mulakan coretan ini dengan memberi kata-kata semangat hidup bersama mengembang dan menyatu.. sebenarnya manusia nie tak berapa yakin dengan kebolehan diri sendiri, kerana selalu bergantung harap kepada orang lain, dengan harapan ader orang akan membantu.. sebenarnyer kiter yang bantu diri kiter sendiri kan...

aku sebenarnya kena pasang niat yang suci dan murni dalam setiap pekerjaan yang aku lakukan setiap hari adalah kerana Allah Taala. supaya aku tak sakit hati nak tolong org dan tak mengharapakan sebarang pembalasan dari orang yang aku tolong itu. sebenarnya nak berlawan dengan diri sendiri memerlukan kekuatan mental dan rohani yang kukuh.. aku pun hairan dengan diriku sendiri.. aku dah tau baik dan buruk.. dah boleh nilai aper yang untung dan rugi.. tapi sebagai manusia yang dikategorikan biasa2 jer iman nie.. selalu buat kesilapan yang berulang2 kali. aku jugak nekad nak memperbetulkan diri.. memotivasikan diri sendiri supaya kualiti hidup diri ini bertambah baik dan aman harmoni.
aku mempunyai harapan yang besar untuk keluarga aku, aku ini keluarkan family ku dari kepopong kesusahan dan kesempitan hidup dan perkara ini tidak boleh jadi kenyataan tanpa ader perancangan dan tindakan yang strategik. rancangan mesti bersifat realiti.. apa yang aku fokus sekarang adalah mengurangkan kos bebanan keluargaku dan mengaturkan satu pengurusan yang lebih bersistem dalam urusan keluarga. aku tak sanggup nak tengok bebanan nie di tanggung oleh ibuku seorang diri, memandangkan usia dan tenaga nya dah tidak sesuai dengan bidang tugasnya untuk mengetuai keluarga yang semakin mencabar rutin harian nya.. dengan usaha aku yang sedikit ini, harapan untuk mengurangkan beban ibuku. walaupun bukan dari segi bantuan kewangan tapi dari sokongan moral supaya tidak ader yang putus asa dalam mengharungi liku-liku hidup penuh dengan pancaroba. sekian sahaja dari aku.. sekadar luahkan apa yang terpendam dan yangbermain di benak fikiran ku.. lega sikit rasa di hati ini..


Wednesday, January 14, 2009

Gadis Kesayangan Kena "chicken pox"



pada hari isnin lepas, aku baru balik dari kuantan pas tolong mak aku kat kafe UMP. aku jage kaunter makanan kat kafe 3&4.. masyuk gak hari tuu, sebab just 3 kafe jer bukak time tuu kan, so kurang lah pesaingan.. biasa nyer ader 5 kafe..
Sebenarnya aku nak citer, aku dah janji ngan gf aku nak balik kat UKM sama-sama, so dia kena tunggu lah aku kat kl central coz aku ambik bas kul 2 dari kuantan.. aku sampai kat kl dalam kul 5.30ptg.. aku pun terus naik monorail g kl central.. dalam kul 6 sampai la.. aku jumper ngan gf aku pastu lepak kat McD. aku makan double prosperity ngan bubur ayam dia order fillet o fish jer..
aku borak2 ngan dia, sian plak kat dia sbb mgadu sakit kt kepala.. dia nak demam.. tapi aku tak suspek sangat dia nak kena "chickenpox"..
esok pagi dia call aku nak g bank nak tukar kad visa maybank.. gile lama tunggu kat sejam leh plak dia punyer finger print tak leh detect.. time tuu dah dia dah mengadu dah sakit kepala mcm nak demam.. pastu terus antar kat PK(pusat kesihatan).. lepas tuu aku bawak dia g minum air kelapa plak.. tapi dia nampak ceria n sweet lagi time tuu walaupun dia tengah tahan kesakitan..
petang tuu memang aku dah plan nak g gym ngan dia, dalam misi nak turunkan berat badan... kesian plak aku kat dia , dah la sakit kena ikut aku g gym.. tapi aku memang nak dia rehat jer tapi dia pun satu jenis tak nak dengar cakap aku.. nak jer mengikut.. aku suh dia jogging naik basikal jer...

malam tuu kuar g maplay.. memang dah banyak biji2 naik kat muka dia.. kat badan pun ader gak.. dah hbs mkn aku antar dia balik.. memang chickenpox nie makin aktif.. so aku nasihatkan dia suh balik umah jelah.. coz aku kat sini pun bukan leh jaga dia sepenuh masa pun.. biar dia duk ngan mak dia senang ape2 mak dia leh tgk dia..

akhir kata kepada kekasihku.. jangalah risau chicken pox tuu mayb makan mase nak baik, so rajin2 makan ubat dan rehat secukupnya.. jgn sedey2 lagi.. nanti ader mase kiter leh lepak sama2 lagi.. sekian sajer cerita awek kena chicken pox.. sajer nak share coz sayang kat dia..

Tuesday, January 13, 2009

Rutin Harian Ku~


Salam, hari ini aku baru jer create blog nie.. sebab semalam ader member lama aku mase kat sek men dulu suh aku buat blog sendiri.. katanya sajer nak share cerita ngan member2 kan.. so dalam blog nie leh buat luahan perasan sikit kan.. kongsi ngan member yang jauh dimata tapi dekat di hati...


hari aku macam biasa lah.. bangun pagi sembahyang subuh pastu tido balik.. adoy memang susah nak berubah dari dulu lg.. tapi takpe aku akan berubah gak nanti.. hopefully lah..


Untuk pengetahuan umum , aku dah jadi student master kat ukm.. aku ambik master by tesis so kena buat kerja2 penyelidikan selama 2tahun.. target aku habis tahun 2011... aku punye bidang penyelidikan adalah kimpalan aluminium.. klu dalam bhs inggeris welding aluminium lah... aku nie kira bertuah gak lah.. sebab dapat offer sambung blajar time2 ekonomi dunia tengah gawat... so kire aku betapa dulu dalam UKM nie untuk memenuhi human capital sblum dapat master..


hari nie jugak aku telah dilantik menjadi tutor UKM, aku akan mengajar budak2 1st year subjek metalurgi 1. so budak2 sains bahan kena rajin2 blajar.. carry mark korang 20%. aku plak kena prepare lah baca buku material science and engineering yang time nak exam jer aku bukak.. adoy.. tapi jgn risau student sc bhn akan dapat ilmu yang fresh2 dalam bidang metallurgi..
setakat nie sajer dulu pasal diri aku hari nie.. nanti ader mase aku kan cerita lagi perkembangan terkini pasal rutin harian aku..
* sepatutnya aku kena gym hari nie, tapi tak sempat nak register kad riadah ukm so kena rest kat bilik jer lah...hahahha